Penyetempatan penyahkarboksilan piruvat Kompleks piruvat dehidrogenase

Dalam sel eukariot, dekarboksilasi piruvat berlaku di dalam matriks mitokondria selepas pengangkutan substrat, yakni piruvat, dari sitosol. Pengangkutan piruvat ke dalam mitokondria dibuat melalui piruvat translokase sebagai protein pengangkut. Piruvat translokase mengangkut piruvat dalam cara simporter dengan proton (merentasi membran mitokondria dalam), yang mungkin dianggap sebagai satu bentuk pengangkutan aktif sekunder, tetapi pengesahan/sokongan lanjut mungkin diperlukan bagi penggunaan keterangan "pengangkutan aktif sekunder" di sini (Nota: kaedah pengangkutan piruvat melalui piruvat translokase nampaknya digandingkan dengan kecerunan proton menurut S. Papa et al., 1971, dan nampaknya sepadan dengan takrifan pengangkutan aktif sekunder).[13]

Sumber alternatif mengatakan "pengangkutan piruvat merentasi membran mitokondria luar nampaknya mudah dicapai melalui saluran bukan berpilih yang besar seperti saluran anion bergantungan voltan yang membolehkan resapan pasif" dan pengangkutan merentasi membran mitokondria dalam dimediasi oleh pembawa piruvat mitokondria 1 ( MPC1) dan pembawa piruvat mitokondria 2 (MPC2).[14]

Rujukan

WikiPedia: Kompleks piruvat dehidrogenase http://enzyme.expasy.org/EC/1.2.4.1 http://enzyme.expasy.org/EC/2.3.1.12 http://enzyme.expasy.org/EC/1.8.1.4 https://meshb.nlm.nih.gov/record/ui?name=Pyruvate%... https://web.archive.org/web/20070405211049/http://... http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/B... http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/B... https://doi.org/10.1016%2Fb978-0-12-800877-5.00012... https://doi.org/10.1038%2Fs41598-018-33048-z https://doi.org/10.1074%2Fjbc.m704326200